Tawaran Request for Proposal (RFP) adalah dipelawa kepada semua Syarikat/ Organisasi yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman berkaitan bagi menyertai tawaran seperti berikut:
No
Perkara
Huraian
01.
Butiran Tawaran
i. Tajuk Tawaran (RFP): Request For Proposal bagi Cadangan Pembangunan Lot 88500, Fasa 4A & 4B, Presint 10, Seksyen U13, Setia Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, Selangor.
ii. Taklimat : Tarikh : 7hb Mac 2024 Masa : 9.00 Pagi Tempat : No.03-38, Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, 40505, Shah Alam Selangor Darul Ehsan
iii. Lawatan Tapak: Tarikh : 7hb Mac 2024 Masa : 11.00 Pagi Tempat : Lot 88500, Fasa 4A & 4B, Presint 10, Seksyen U13, Setia Alam, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling, Selangor.
02.
Pembeliaan Dokumen Request For Proposal (RFP)
Dokumen Request For Proposal (RFP) boleh dibeli di Jabatan Pengurusan Hartanah, PECB Properties Berhad. Tarikh : 4hb Mac 2024 hingga 28hb Mac 2024 Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang Hari : Isnin hingga Jumaat Tempat : No.03-38, Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, 40505, Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Dokumen Request For Proposal (RFP) akan dijual pada harga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) (Bayaran tidak akan dikembalikan). Bayaran Pembelian Dokumen RFP hendaklah dibuat seperti berikut:- a. Melalui TUNAI atau BANK DRAF atas nama PECB PROPERTIES BERHAD dan kemukakan bayaran kepada wakil PECB dan mendapatkan resit pembayaran sebelum membeli dokumen.
03.
Penyerahan Dokumen Cadangan Pembangunan Request For Proposal (RFP)
Pembayaran wang deposit sebanyak RM350,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja) (Keperluan wajib penyertaan RFP). a. Melalui BANK DRAF atau Banker’s Cheque atas nama PECB PROPERTIES BERHAD dan kemukakan bayaran kepada wakil PECB dan mendapatkan resit pembayaran sebelum membeli dokumen.
Dokumen cadangan pembangunan RFP yang telah lengkap seperti yang dinyatakan di ‘Appendix D- RFP Submission checklist’ di dalam dokumen RFP hendaklah dimasukkan didalam sampul surat berlakri dan bertulis dengan mengikut tatacara yang dinyatakan di dalam dokumen RFP dan hendaklah dihantar dan dimasukkan kedalam Peti Tender di pejabat PECB Properties Berhad di alamat :-
JABATAN PENGURUSAN HARTANAH
PECB PROPERTIES BERHAD
NO.03-38, TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PERSIARAN TASIK, 40505, SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
NO. TEL: 03 - 5519 4877
04.
Tarikh Tutup Cadangan Pembangunan (RFP)
29hb Mac 2024 sebelum jam 12.00 tengahari
Dokumen yang diterima selepas tarikh dan waktu tidak akan dilayan.