Pra-Kelayakan adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-
CADANGAN PEMBANGUNAN 324 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN (22 TINGKAT) DARI TINGKAT 8 HINGGA TINGKAT 29, 7 TINGKAT PODIUM TEMPAT LETAK KERETA DARI TINGKAT BAWAH HINGGA TINGKAT 7, 1 BLOK KOMERSIL 3 TINGKAT BERSERTA 1 TINGKAT BESMEN TEMPAT LETAK KERETA DI ATAS LOT 88124 BERKELUASAN 3.69 EKAR DI BANDAR SELAYANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
NO. KONTRAK : PECB/JPH/KON-001
No | Perkara | Huraian |
---|---|---|
01. |
Skop Kerja |
1. Kerja-kerja awalan 2. Kerja-kerja bangunan 3. Kerja-kerja mekanikal & elektrikal 4. Kerja-kerja infrastruktur 5. Kerja-kerja berkaitan |
02. |
Syarat-syarat Pra-kelayakan |
1. Syarat pendaftaran adalah berdaftar dengan CIDB Gred G7 Pengkhususan B04 dan CE21 (Kontraktor berdaftar yang digantung oleh CIDB dari memasuki tender tidak layak untuk memasuki Pra-Kelayakan) 2. Mempunyai pengalaman QLASSIC/CONQUAS bagi projek Pembangunan. (Sekiranya Ada). 3. Mempunyai sijil SCORE CIDB dengan minimum 3 Bintang dan masih berkuatkuasa melebihi tiga (3) bulan dari tarikh tutup Pra-Kelayakan. (Sekiranya Ada) 4. Mempunyai pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah: Salinan sijil atau apa-apa bukti hendaklah dikemukakan bersama Dokumen Pra-Kelayakan) |
03. |
Borang Pra-Kelayakan |
Borang Pra-Kelayakan boleh diperolehi di Jabatan Pengurusan Hartanah, PECB Properties Berhad, No.03-38, Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, 40505, Shah Alam Selangor Darul Ehsan dari 28hb Februari 2024 hingga 24hb Mac 2024 pada waktu pejabat bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat. Borang Pra-Kelayakan hanya dikeluarkan kepada kontraktor atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak kontraktor ingin menghantar wakil syarikat, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa dan sijil asal pendaftaran. (Salinan sijil-sijil diperlukan untuk simpanan PECB) Syarikat dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, DOKUMEN ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (LPIPM/CIDB) serta WAJIB membawa SATU (1) SALINAN bagi setiap sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen pra-kelayakan. Dokumen Pra-Kelayakan akan dijual pada harga RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Seratus Sahaja) (Bayaran tidak akan dikembalikan). Bayaran Pembelian Dokumen Pra-Kelayakan hendaklah dibuat seperti berikut:- |
04. |
Penyerahan Dokumen |
Borang yang telah lengkap dengan ‘curriculum vitae’ terperinci berserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dimasukkan didalam sampul surat yang dimeterai dan bertulis dengan jelas tajuk projek dan hendaklah dihantar dan dimasukkan kedalam Peti Tawaran di alamat :- JABATAN PENGURUSAN HARTANAH PECB PROPERTIES BERHAD NO.03-38, TINGKAT 3, KOMPLEKS NO. TEL: 03 - 5519 4877 |
05. |
Tarikh Tutup Penyerahan Pra – Kelayakan |
25hb Mac 2024 sebelum jam 12.00 tengahari.. |